Sabtu, 27 November 2010

Apabila Sudah Kaya Dan Berjaya.

Apabila kita sudah kaya dan berjaya, maka awasilah diri agar tidak lupa asal kita yang tiada apa-apa.

1.    Elakkan mudah mengkritik orang lain yang masih belajar dan baru bermula.
2.    Elakkan berasa bangga diri dengan pencapaian dan harta yang dimiliki.
3.    Kurangkan penggunaan perkataan “saya” dalam percakapan dan penulisan. Biasanya, orang yang menggunakan perkataan saya dalam penulisan ada sifat ‘keakuan’ dan bangga diri (walaupun tidak berniat). Cukup memadai menyampaikan informasi dan perkongsian ilmu tanpa perlu berbahasa “saya”.
4.    Ringankan tangan untuk membantu orang lain berjaya pula.
5.    Ringankan tangan untuk berkongsi ilmu dengan menulis atau lain-lain cara.
6.    Kembalikan segera segala pujian dan pujaan daripada manusia, kepada yang lebih berhak iaitu ALLAH S.W.T. Pujian yang berlebih-lebihan adalah virus yang amat berbisa mampu memusnahkan jika tidak diurus dengan baik.
7.    Harta yang banyak dan pencapaian yang amat sukses adalah satu ujian.
8.    Jangan merendah-rendahkan pencapaian kecil orang lain. Semua orang bermula dari bawah sebelum mencapai tahap teratas.
9.    Bersyukur, bersyukur dan bersyukur pada setiap masa.
10. Awasi sifat kedekut. Pengalaman saya memerhati, ada segelintir orang yang banyak duit mahu ‘benda percuma’ padahal mereka amat mampu membeli buku-buku, ebook dan panduan yang amat kecil harganya. Jika orang yang kurang berduit mampu membeli, mengapa tidak orang yang kaya-raya? Mereka marah jika orang tidak membeli produk mereka, tetapi mereka amat berkira-kira untuk membeli produk orang lain padahal mereka amat perlu.

Akhir kata, ALLAH memberikan rezeki kepada kita untuk kita sampaikan juga sebahagiannya kepada orang lain. Ia bukan milik kita sepenuhnya. Maka sebab itu diwajibkan zakat dan digalakkan bersedekah.

Kita tidak akan ‘GAGAL’ dalam erti kata sebenar jika kita sentiasa ingat siapa diri kita dan asal kita yang tiada apa-apa. Setinggi mana kita terbang ke langit, tanah tempat asal berpijak sesekali tidak dilupai.

Semoga kita semua termasuk ke dalam golongan yang dimaksudkan oleh peribasah Melayu ini, “Ikutlah resmi padi, makin berisi makin tunduk.”

Nasihat ini adalah untuk diri saya sendiri dan kepada para usahawan yang sudah dan akan mencapai kejayaan dan kekayaan. Sekadar melunaskan saranan ALLAH S.W.T dari Surah Al-’Asr agar saling ingat mengingati (berpesanan) supaya mentaati kebenaran dan menetapi kesabaran.
dipetik daripada blog: http://blog.smartusaha.com

Isnin, 22 November 2010

PERANCANGAN DI AKHIR TAHUN UNTUK TERUS MAJU TAHUN HADAPAN!

Mybook2u mengucapkan sekali lagi Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua pelawat blog ini terutama yang baru saja melayari, terima kasih banyak2... tidak lama lagi kita akan menyambut tahun baru.. mungkin ada yang tak perasan hanya 2 minggu saja lagi tahun baru akan disambut.. 1 Muharam 1432H. ye lah sebab bila sebut tahun baru setengah daripada kita ingat Happy New Year! je.. huhu.

Cuma nak ingat mengingati kepada pelawat2 semua supaya kita semua membuat perancangan... Apa Perancangan Kita Tahun Depan? ...kalau kita gagal merancang, bermakna kita merancang untuk gagal.

Disini Mybook2u ingin memperkenalkan sebuah buku yang amat berguna dan boleh membantu kita dalam membuat perancangan untuk tahun hadapan. Sesungguhnya perancangan tarbaik adalah daripada Allah.

InsyaAllah, setiap orang yang membaca buku ini akan semakin meyakini bahawa rezeki Allah itu sangat luas. Lebih dari itu ia akan yakin bahwa Allah menghamparkan sekian banyak sebab dan kunci untuk meraih rezeki yang halal, bahkan dalam situasi sesulit apapun. Dan rezeki itu akan mudah mengalir kepada orang-orang yang mahu mempraktikkannya..

Buku yang hanya berharga RM 7 senaskah, eloklah dibeli untuk bacaan sendiri dan hadiahkan seberapa banyak yang kita mampu kepada keluarga, kawan, surau, pejabat atau kepada pengantin baru, orang yang baru bekerja atau sesiapa sahaja.
Mudah-mudahan kita juga turut memperolehi manfaatnya dengan menyampaikan ilmu percuma kepada orang lain. Pintu rezeki kita juga akan dapat dibuka bila ada kuncinya... Belilah 10 naskah untuk mendapatkan 1 naskah *PERCUMA! (setiap 10 naskah melalui Stormreaders Online)...

Tajuk: Kunci-Kunci Rizki menurut al-Quran & as-Sunnah. (TBIN 1070)
Penulis: Dr. Fadhl Ilahi
Penerbit: Darul Haq
Harga: RM 7 sahaja senaskah.
*Untuk Belian Harga Promosi sila email ke mybook2uon9@gmail.com

terima kasih........

Isnin, 15 November 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA!

MYBOOK2U ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha.. maaf zahir & batin.. semoga segala pengorbanan kita adalah untuk ke jalan Allah.


Kunci-kunci Rezeki
(Beristigfar)
"Maka aku katakan kepada mereka, 'Mohonlah ampun kepada Tuhanmu', sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai'." (Nuh: 10-12)



Khamis, 11 November 2010

11.11.2010 SELAMAT DATANG!!! KE KEDAI BUKU ONLINE UNTUK ANDA...

Assalamualaikum w.b.t.


MYBOOK2U mengalu-alukan kedatangan anda semua ke kedai buku online ini. Pelbagai bahan-bahan menarik bersifat ILMU akan dikongsikan melalui blog ini.

Dengan lafaz Bismillahirahmannirrahim... blog STORMREADERS ONLINE dilancarkan dengan rasminya!

Segala pandangan dan teguran untuk memperbaiki blog ini didahului dengan ucapan jutaan terima kasih dan dialu-alukan.

11.11.2010

Rabu, 10 November 2010

Hebatnya Bisnes Di Facebook!

Apa yang saya hendak kongsikan adalah teknik pemasaran paling mudah secara online adalah di Facebook. Kerana kajian telah menunjukkan lebih 40% menyokong pandangan ini.

Kenapa?
Kerana terdapat 28 juta rakyat Malaysia, 8 juta pengguna FB di Malaysia..  Cuma ambik 1%.. kita masih ada 80,000 orang pelanggan berpotensi  (dimana jumlahnya akan sentiasa bertambah setiap hari).

Bagaimana? Disini saya kongsikan…

1. Tambah Friends setiap hari untuk networking – bila kita sudah set-mind & bersedia untuk menjadi seorang usahawan, langkah pertama kita perlu mempunyai kawan-kawan yang berpotensi dengan bisnes kita (contoh jualan kad kahwin kepada pasangan nak kahwin). Inilah langkah pertama sebarang perniagaan sekalipun.

2. Join group/ create group – Untuk memudahkan kita sendiri dalam mendapatkan maklumat, memberi maklumat dan menerima maklumbalas adalah melalui group. Tetapi ingat group pilihan perlulah berkenaan bisnes.

3. Paparan produk di Photo Album – Disamping memaparkan foto produk, pastikan anda memasukkan maklumat jualan seperti bahan-bahan, harga, cara penghantaran, cara untuk hubungi dan jaminan kualiti anda.

4. Update Post – selalulah membuat promosi di wall peribadi & wall group. Ingat jangan malu, sedangkan seorang salesman tidak malu untuk menjual barang inikan pula usahawan seperti anda. Masukkan info di News Fed kerana friends anda dan Friends kepada Friends anda juga dapat membaca.

5. Hantar Message melalui Send Friends a Message – Selalulah berkongsi maklumat dengan Friends yang berpotensi. Kerana mereka juga memerlukan produk anda. Ingat lagi banyak kita beri lagi banyak kita terima selagi yang kita beri itu ikhlas dan perkara yang baik.

Perhatikan kembali Langkah 1 hingga 5, adakah sebarang modal dikeluarkan untuk menjual produk anda? perlukah sebuah kedai untuk menyusun produk anda? Semuanya adalah secara percuma. Cuma tugas anda pastikan produk anda sentiasa berkualiti dan tidak menipu atau mengubah maklumat produk anda.

‘SELAMAT MENJADI USAHAWAN ONLINE DI FACEBOOK!’

'seseorang usahawan mesti berusaha... hak memberi atau membayar usaha kita adalah hak Allah'

*sudah ada perniagaan online? hubungi saya…

Selasa, 9 November 2010

Apa itu Stormreaders Network?

STORMREADERS NETWORK SDN BHD (819400-M) (AJL-931780) ditubuhkan pada 28hb Mei 2008. Ia merupakan sebuah anak syarikat kepada TELAGA BIRU SDN BHD, iaitu sebuah syarikat Bumiputera Islam yang telah beroperasi sejak 1997. Telaga Biru yang berpengalaman lebih 10 tahun sebagai penerbit dan pengedar produk-produk Islam terutamanya buku-buku, kaset, CD dan VCD, yang disampaikan oleh ikon-ikon tersohor di tanahair kita seperti Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, Dato’ Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamud , Ustaz Zahazan Mohamed, Dr Irfan Khairi, Ustaz Zaharuddin, Dato Hj Ismail Kamus dan ramai lagi.

Jika corak pendekatan pengedaran dan pemasaran produk TELAGA BIRU dibuat secara konvensional. Sebaliknya di STORMREADERS NETWORK pula, ianya merupakan ONLINE BISNES yang menggunakan kaedah sistem affiliate dan pemasaran bertingkat (MLM). Istimewanya, corak MLM yang digunapakai oleh STORMREADERS NETWORK adalah berteraskan Syariah (Syariah Compliant). Dua tokoh agama yang dilantik oleh syarikat sebagai Penasihat Syariah adalah Ustaz Zaharuddin Abd Rahman dan Ustaz Dr Hj Zahazan Mohamed.

Alhamdulillah, setelah hampir setahun program affiliate dan MLM berteraskan Syariah ini dilancarkan, kini STORMREADERS NETWORK bukan sahaja mengedar buku-buku terbitan Telaga Biru sahaja, sebaliknya produk-produk penerbit lain seperti Ana Muslim, Galeri Ilmu dan Tabung Haji juga boleh didapati di dalam “Kedai Stormreaders”. Insyaallah, dimasa akan datang STORMREADERS NETWORK akan muncul sebagai ONE-STOP CENTRE kepada penerbit-penerbit di Malaysia dan luar negara. Ia tentunya akan memudahkan kita semua untuk memiliki produk, menambah ilmu dan menjana pendapatan bersama STORMREADERS NETWORK.