Pengenalan

Mukadimah Stormreaders Online


Stormreaders Online adalah blog rasmi Malaysia Book 2u (Mybook2u), merupakan Rakan Pengedar sah Stormreaders Network Sdn. Bhd. Ia telah didaftarkan secara rasmi pada Oktober 2010.

Mybook2u berpendapat bahawa perniagaan online ini harus diberikan sokongan padu oleh semua lapisan rakyat Malaysia terutamanya Bumiputera Islam demi memperjuangkan ILMU yang wajib dimanfaatkan.

Mybook2u sedar bahawa ilmu adalah senjata yang paling berharga, tanpa ilmu sesebuah bangsa itu akan mundur, miskin dan dipandang hina. Di atas kesedaran untuk meninggikan darjat pengetahuan bangsa, Mybook2u memilih untuk menyampaikan ilmu melalui jualan bahan-bahan bercorak pendidikan, Islam, motivasi diri, keluarga dan masyarakat ini.

Mybook2u ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pelawat yang sudi melayari kedai buku online ini. Besar harapan sekiranya anda juga turut menyokong dan membantu mengembangkan usaha Stormreaders Network Sdn. Bhd. dalam cita-citanya untuk menjadi one-stop center jualan produk berilmiah.

................teruskan bersama Stormreaders Online.

Najlah Binti Sulaiman
Pengurus Mybook2u

Mohd Fairoze Mazly Bin Zulkifli
Penyelaras Mybook2u
11.11.2010




teruskan membaca...





Pengenalan Stormreaders Networks Sdn. Bhd.

STORMREADERS NETWORK SDN BHD (819400-M) (AJL-931780) ditubuhkan pada 28hb Mei 2008. Ia merupakan sebuah anak syarikat kepada TELAGA BIRU SDN BHD, iaitu sebuah syarikat Bumiputera Islam yang telah beroperasi sejak 1997. Telaga Biru yang berpengalaman lebih 10 tahun sebagai penerbit dan pengedar produk-produk Islam terutamanya buku-buku, kaset, CD dan VCD, yang disampaikan oleh ikon-ikon tersohor di tanahair kita seperti Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, Dato’ Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamud , Ustaz Zahazan Mohamed, Dr Irfan Khairi, Ustaz Zaharuddin, Dato Hj Ismail Kamus dan ramai lagi.

Jika corak pendekatan pengedaran dan pemasaran produk TELAGA BIRU dibuat secara konvensional. Sebaliknya di STORMREADERS NETWORK pula, ianya merupakan ONLINE BISNES yang menggunakan kaedah sistem affiliate dan pemasaran bertingkat (MLM). Istimewanya, corak MLM yang digunapakai oleh STORMREADERS NETWORK adalah berteraskan Syariah (Syariah Compliant). Dua tokoh agama yang dilantik oleh syarikat sebagai Penasihat Syariah adalah Ustaz Zaharuddin Abd Rahman dan Ustaz Dr Hj Zahazan Mohamed.

Alhamdulillah, setelah hampir setahun program affiliate dan MLM berteraskan Syariah ini dilancarkan, kini STORMREADERS NETWORK bukan sahaja mengedar buku-buku terbitan Telaga Biru sahaja, sebaliknya produk-produk penerbit lain seperti Ana Muslim, Galeri Ilmu dan Tabung Haji juga boleh didapati di dalam “Kedai Stormreaders”. Insyaallah, dimasa akan datang STORMREADERS NETWORK akan muncul sebagai ONE-STOP CENTRE kepada penerbit-penerbit di Malaysia dan luar negara. Ia tentunya akan memudahkan kita semua untuk memiliki produk, menambah ilmu dan menjana pendapatan bersama STORMREADERS NETWORK.

Layari laman web http://www.stormreaders.com/