Khamis, 30 Disember 2010

Belajar Dari Perang Khandaq

Penulis : Hepi Andi Bastoni
Kod Buku : KPBK1004
Kod ISBN : 978-967-5515-10-1
Harga : RM18.00, CP : 6

Madinah dikepung. Lebih daripada 10,000 perajurit pasukan bersekutu mengelilingi Madinah. Kaum Muslimin benar-benar terancam! Dari luar, pasukan Quraisy dan sekutunya terus mengintai bak harimau kelaparan sedang mengintai buruannya. Dari dalam Madinah, Yahudi Bani Quraizhah melakukan pengkhianatan, ibarat anjing yang sedia menggigit tuannya. Orang-orang munafik pula seperti gunting dalam lipatan, sedia memanfaatkan peluang jika tiba saatnya. Mereka sama seperti musang berbulu ayam. Zahirnya mukmin, dalamnya menyimpan dendam kesumat membara terhadap Islam.
Demikianlah gambaran ancaman yang menghimpit kaum Muslimin semasa Perang Khandaq. Perang ini berkait rapat dengan serangkai peristiwa yang terjadi sebelumnya. Peristiwa-peristiwa ini menggambarkan banyak perkara. Selain ketegasan, keberanian dan kecanggihan strategi Nabi Muhammad SAW, juga menjelaskan bahawa musuh-musuh Islam tidak akan berhenti merencanakan kejahatan untuk menghapuskan kaum Muslimin. Di sudut lain, kita dapat melihat ketegasan Rasulullah SAW mengalahkan para pengkhianat dan penentang itu.

Apa yang dapat dilihat dalam perang ini?
  • Bantuan Allah dalam perang Khandaq
  • Peranan munafik dalam perang Khandaq
  • Keadaan kaum Muslimin dalam perang Khandaq
  • Penggunaan strategi perang yang membawa kepada kemenangan
  • Heroisme dalam perang Khandaq

Belajar Dari Perang Khaibar

Penulis : Hepi Andi Bastoni
Kod Buku : KPBK1002
Kod ISBN : 978-967-361-007-5
Harga : RM16.90, CP : 5

Pengkhianatan demi pengkhianatan dilakukan oleh Yahudi di Khaibar. Permusuhan antara Yahudi dan Islam seperti tidak ada penghujungnya. Obor peperangan terus dinyalakan dan pada malam yang gelap pekat, berangkatlah Rasulullah bersama 1,600 orang yang rela berjihad di jalan Allah menuju ke Khaibar, sebuah kota yang mempunyai benteng yang kukuh dan bumi yang subur dengan tanaman. Setiap derap kaki para mujahid ini hanya dengan satu tujuan, mahu menakluk bumi Khaibar seterusnya melebarkan sayap Islam ke seluruh penjuru dunia.
Strategi Rasulullah sangat luar biasa hebat. Jumlah tentera Yahudi lebih ramai dari tentera Islam, dan Perang Khaibar merupakan perang yang berlaku di ‘kampung’ mereka sendiri. Dengan benteng pertahanan Yahudi yang sangat kukuh berserta kelengkapan perang yang mantap berjayakah Rasulullah menaklukkan Khaibar?

Untuk mendapat jawapan kepada persoalan ini marilah sama-sama kita hayati siri belajar dari Perang Khaibar ini. Bersama-sama kita menyorot kembali sirah Rasulullah yang gemilang ini.
Sepintas lalu, terdapat banyak pelajaran yang dapat diambil dari perang Khaibar ini.
Antaranya ialah:
  • Timbul larangan Rasulullah memakan daging haiwan peliharaan.
  • Pada perang ini juga nikah mut’ah mulai diharamkan.
  • Rasulullah melarang kaum Muslimin untuk mengambil harta rampasan perang sebelum diserahkan pada baginda dan dibahagi secara adil.
  • Menghargai kaum wanita. Seramai 20 orang wanita berhati waja telah menyertai peperangan ini.
  • Kebijaksanaan Rasulullah merebut peluang dalam peperangan Khaibar.

Belajar Dari Perang Badar

Penulis : Hepi Andi Bastoni
Kod Buku : KPBK1003
Kod ISBN : 978-967-361-001-3
Harga : RM17.00, CP : 5

Umumnya, ketika pasukan perang kembali membawa kemenangan, mereka disambut aneka sanjungan. Pelbagai penghargaan dikalungkan dileher mereka. Sungguh berbeza dengan komentar ilahiyah yang turun pasca Perang Badar. Beberapa ayat yang turun justeru tidak banyak memberikan pujian, tapi sarat dengan kritikan dan saranan bernas.
Di sinilah Allah ingin memberikan pengajaran berharga bagi kaum Muslim. Bahawa, orang yang menang tidak wajar selalu mendapat sanjungan, dan orang yang kalah tidak mestinya dikritik habis-habisan. Ini kerana, sanjungan kerap membuat orang lupa diri, kritikan terkadang membuat orang patah semangat.
Surah al-Anfal merupakan ‘komentar Ilahi’ terhadap Perang Badar. Medan Badar memberikan begitu banyak pengajaran. Bukan hanya bagi Rasulullah SAW dan para sahabat yang hidup pada masa itu, tetapi juga bagi kita masa kini. Pengajaran paling berharga itu adalah: Jangan sampai kemenangan menjadi awal kehancuran lantaran kita lupa daratan.

Khamis, 16 Disember 2010

STORMREADERS GENAP SETAHUN

Stormreaders Network Sdn Bhd sudah genap setahun pada Disember 2010. Sempena ulangtahun kelahirannya, satu MAJLIS MAKAN MALAM bersama IKON-IKON dan PENERBIT-PENERBIT akan diadakan di De Palma Hotel Ampang pada 4hb Febuari 2011  (Hari Jumaat malam Sabtu) pada jam 8.30 malam. (Cuti Raya China tu beb.... booking your seat NOW!)

Majlis akan dimeriahkan lagi dengan beberapa penganugerahan khas diatas pencapaian ahli-ahli Stormreaders. Termasuk juga siapa yang bernasib baik sebagai  PEMENANG CABUTAN UMRAH BERTUAH. Menariknya lagi, pengisytiharan SALES DIRECTORS hasil pencapaian dari Jualan di E-Store. Ada BRONZE SALES DIRECTOR, ada juga SILVER SD, GOLD SD, PLATINIUM SD dan TITANIUM SD. Yang bestnya... pencapaian dikira bermula dari  prestasi anda join ke Stormreaders. Mungkin anda salah seorang dari TITANIUM SALES DIRECTOR? Ohh..Sesungguhnya IANYA SATU KEJUTAN YANG BESAR PADA MALAM TERSEBUT.

 Tiket kemasukan sebanyak RM100. Boleh dipotong melalui e-wallet. Boleh bawa kawan-kawan, sanak saudara dan juga prospek anda. JOM SEGERA DAFTAR ke majlis yang julung-julung kali diadakan. TEMPAT TERHAD!

KURSUS MOBILE STOCKIST akan diadakan pada 5hb Febuary 2011. Semua Mobile Stockist diwajibkan hadir. Sesiapa yang belum mendaftar sebagai Mobile Stockist sila layari http://www.stormreaders.com/ Pendaftaran mesti dibuat secara online.

JOM SAMPAIKAN DARIKU WALAUPUN SEPOTONG AYAT
Jadikan Misi Hidup Anda,"Aku wajib sebarkan ilmu untuk bekalan kekal!"

Isnin, 13 Disember 2010

PERISTIWA MAAL HIJRAH

Maal Hijrah atau disebut juga Awal Muharam, adalah hari penting untuk umat Islam.Ia adalah hari pertama dalam bulan pertama umat Islam. Maal Hijrah bermaksud perpindahan, dimana pada hari ini berlaku penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W dari Makkah al Mukarramah ke Madinah al Munawwarah. Peristiwa ini berlaku pada tahun 622 masehi.Makna lain bagi hijrah ialah perubahan daripada keburukan dan kelemahan kepada kebaikan dan kelebihan.Ia boleh menjadi permulaan kepada penilaian terhadap pencapaian diri sendiri. 
KISAH HIJRAH
RASULULLAH (SAW) berusia 40 tahun apabila Malaikat Jibrail (as) melawat baginda ketika baginda sedang berada di Gua Hira. Jibrail memberitahu Nabi Muhammad, baginda diangkat oleh Allah SWT sebagai Rasul untuk seluruh umat manusia. Pada peringkat awal, Rasulullah hanya memperkenalkan Islam kepada sahabat terdekat dan ahli keluarga baginda. Apabila baginda menerima perintah daripada Allah SWT supaya berdakwah secara terbuka, baginda segera akur.
Baginda mengumpul beberapa pengikut di Makkah. Begitupun, kumpulan kecil Muslim itu terdedah kepada maut berikutan ancaman daripada kaum kafir, terutama bangsa Quraish, yang menyeksa mereka dengan teruk. Bagi mengelakkan ancaman itu, Rasulullah SAW mengarahkan pengikutnya supaya keluar dari Makkah secara senyap-senyap ke Madinah ( Yathrib). Mereka meninggalkan keluarga yang kafir dan harta benda dan disambut dengan mesra oleh penduduk Madinah. Satu hari pada tahun 622M, iaitu kira-kira 12 tahun selepas berdakwah di Makkah, Rasulullah SAW diberitahu kaum kafirun Makkah merancang membunuh baginda untuk memusnahkan Islam. Rasulullah menunggu perintah daripada Allah SWT. Malaikat Jibrail (as) menemui baginda untuk memberitahunya Allah SWT mengarahkan baginda supaya meninggalkan Madinah pada waktu malam. Berikutan itu, baginda menemui sahabat baiknya Abu Bakar as-Siddiq (ra) dan memintanya supaya menemani baginda dalam perjalanan itu.
Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr bersembunyi dalam sebuah gua di Gunung Thaur. Selama tiga hari mereka berada dalam gua itu. Apabila kaum Quraish menghampiri gua itu untuk mencari Rasulullah (SAW) tetapi mereka tidak memasukinya. Mereka yakin Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) tidak berada di dalam kerana mulut gua itu dilitupi oleh benang sarang labah-labah dan sepasang burung merpati. Allah SWT membantu dua insan ini, melindungi mereka daripada bahaya. Kumpulan Quraish kemudian meninggalkan gua itu dan bersetuju untuk pulang ke Makkah. Yakin musuh sudah beredar, Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) meneruskan perjalanan.
Ketiga-tiga mereka menggunakan laluan tidak diketahui ramai untuk ke Madinah bagi mengelakkan kumpulan pemburu Quraish. Mereka meredah gunung, bukit dan gurun di bawah perit matahari tetapi mereka tidak pernah berputus asa. Mereka meletakkan segala kepercayaan kepada Allah SWT. Sementara itu, kaum Quraish di Makkah semakin marah dengan kehilangan Rasulullah (SAW). Mereka menawarkan hadih kepada sesiapa yang dapat menangkap Rasulullah (SAW). Ramai yang mencuba nasib tetapi semuanya gagal. Akhirnya dengan perlindungan Allah SWT, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya tiba perkampungan kaum Bani Sabin yang menyambut mereka dengan gembira. Setelah sekian lama, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya akhir merasakan kehadiran harapan untuk masa depan. Ketika Rasulullah (SAW) dan sahabatnya dalam perjalanan, penduduk Islam yang sudah berpindah ke Madinah sebelum ini mendengar berita mengenai kedatangan pemimpin mereka itu.
Malah penduduk Madinah yang baru memeluk Islam juga gembira dapat bertemu Rasulullah (SAW). Jelaslah, sebelum tibanya Rasulullah di Madinah, Islam semakin kukuh di tempat baru itu, sesuatu yang tidak berlaku ketika berada di Makkah. Maka pada hari Isnin 8 Rabiulawal bersamaan 20 September 622M, Rasulullah (SAW) akhirnya tiba di Quba, sempadan Madinah dan benar-benar masuk ke Kota Madinah pada 12 Rabiulawal, hari Jumaat dan mendirikan solat Jumaat yang pertama di Kampung Bani Amar. Kaum Muslimin semua keluar untuk menyambut baginda. Bertitik tolak dari itu, Rasulullah (SAW) mula membina sebuah negara Islam yang megah. Baginda memupukkan persaudaraan di kalangan umat Muslim dan menyeru mereka supaya menegakkan yang hak dan mengikut segala perintah Allah SWT. Kesan daripada penghijrahan Rasulullah (SAW) dari Makkah ke Madinah adalah satu catatan penting sehingga umat Islam menjadikan tahun peristiwa bersejarah ini sebagai tahun permulaan kalendar Islam
PERISTIWA PENTING DALAM MUHARAM
1.     1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).
2.     10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.
Pada 10 Muharam juga telah berlaku:
1.     Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
2.     Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3.     Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
4.     Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
5.     Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6.     Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
7.     Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
8.     Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
9.     Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
10.  Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
11.  Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
12.  Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
13.  Hari pertama Allah menciptakan alam.
14.  Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
15.  Hari pertama Allah menurunkan hujan.
16.  Allah menjadikan 'Arasy.
17.  Allah menjadikan Luh Mahfuz.
18.  Allah menjadikan alam.
19.  Allah menjadikan Malaikat Jibril.
20.  Nabi Isa diangkat ke langit.

Khamis, 2 Disember 2010

MyStormKids ~ Program Pembangunan Minda Kanak-kanak Pra-Sekolah

Laman web portal MyStormKids.com menyediakan pelbagai jenis permainan, latih tubi dan laman sosial yang boleh dilayari oleh kanak-kanak. Ia disediakan dalam paparan yang menarik dan mudah untuk digunakan. Kanak-kanak boleh belajar sambil bermain. Dengan konsep permainan dalam pembelajaran akan menarik minat kanak-kanak untuk belajar disamping mereka dapat merasai keseronokan pembelajaran di luar kelas. MyStormKids.com menyediakan pelbagai jenis menu untuk digunakan seperti:

Gamespot!   Chillout!   Brainfood!   Eduzone!   Buddies!   Hangout!   myStats!



Ayuh sertai rangkaian Stormreaders Network!
Pelbagai aktiviti menarik dimasa akan datang... Mulalah dari sekarang!
Bersama membentuk generasi berilmu, beriman & bertaqwa!