Rabu, 30 Mac 2011

Putera Sulung Kami Muhammad Nazheef

Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi, kerana telah menganugerahkan kepada kami seorang putera yang kami namakan Muhammad Nazheef Bin Mohd Fairoze Mazly. Syukur tidak terhingga kerana isteri saya diberikan kekuatan dan telah selamat melahirkan putera kami pada 22hb. Mac 2011 jam 4.21 petang di Hospital Putrajaya.

Terima kasih tidak terhingga kepada datuk dan wan nya iaitu ibu bapa kami yang berdoa dan sanggup bersusah payah memberikan bantuan dan nasihat.. banyak masa diluangkan bersama kami sekeluarga.

Kepada adik-beradik, saudara-mara, kawan-kawan dan jiran-jiran yang datang melawat dan memberikan hadiah kepada anak kami jasa kalian sangat dihargai. Semoga kalian dilimpah ruahkan rezeki daripada Allah s.w.t.

Dan akhir sekali tetapi yang paling penting adalah para Doktor dan kakitangan Hospital Putrajaya yang mencurahkan khidmat bakti kepada kami dan menjalankan tugas dengan penuh dedikasi..









"Anak udang, udang lah juga,
Mana sama anak tenggiri,
Anak orang, orang lah juga,
Mana nak sama anak sendiri..."
~ pantun dari mama saya, yang membuktikan kasih sayang kepada anak sendiri itu lebih dari segala-galanya..

Minyak Wangi Keluaran Munif Hijaz



...dapatkan koleksi minyak wangi Munif Hijaz di www.stormreaders.net/mybook2u

Khamis, 10 Mac 2011

Analisa Keseimbangan Hidup Kita!

Mari kita semak keseimbangan dalam hidup kita..

"Jangan cari duit, letih! buatlah DUIT... iaitu Doa, Usaha, Ikhtiar dan Tawakal!..

Mohonlah REZEKI, rezeki itu ada nikmat, Mintaklah dikurniakan NIKMAT daripada Allah S.W.T... nikmat itu ada RASA, rasa yang datang dari DERIA..

NIKMAT Kehidupan,
NIKMAT Kesihatan,
NIKMAT Kemewahan,
NIKMAT Kasih Sayang,
NIKMAT Ketenangan,
NIKMAT Makan & Bertenaga,
NIKMAT Hidup Di Dunia & Akhirat...

RASA Syukur,
RASA Sihat,
RASA Seronok,
RASA Disayangi,
RASA Kenyang,
RASA Sedap Didengar, Dilihat, Dimakan...

DERIA mata, hidung, mulut, telinga dan seluruh anggota.
...itulah REZEKI untuk dinikmati DERIA sebenarnya...