Terima kasih tidak terhingga kepada datuk dan wan nya iaitu ibu bapa kami yang berdoa dan sanggup bersusah payah memberikan bantuan dan nasihat.. banyak masa diluangkan bersama kami sekeluarga.
Kepada adik-beradik, saudara-mara, kawan-kawan dan jiran-jiran yang datang melawat dan memberikan hadiah kepada anak kami jasa kalian sangat dihargai. Semoga kalian dilimpah ruahkan rezeki daripada Allah s.w.t.
Dan akhir sekali tetapi yang paling penting adalah para Doktor dan kakitangan Hospital Putrajaya yang mencurahkan khidmat bakti kepada kami dan menjalankan tugas dengan penuh dedikasi..
"Anak udang, udang lah juga,
Mana sama anak tenggiri,
Anak orang, orang lah juga,
Mana nak sama anak sendiri..."
~ pantun dari mama saya, yang membuktikan kasih sayang kepada anak sendiri itu lebih dari segala-galanya..
Bile nak update?
BalasPadam